Info Seni dan Budaya

Asal-Usul Silat Cekak Malaysia



Silat Cekak berasal dari Kedah. Pernah diamalkan oleh panglima-panglima kerajaan Kedah di zaman Kesultanan Sultan Ahmad Tajuddin II.
Panglima Ismail, salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang pernah menewaskan seorang batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) telah menurunkan ilmu silat ini kepada Panglima Tok Rashid. Manakala Panglima Tok Rashid pula telah mengamanahkan Silat Cekak ini kepada Yahya Said yang berasal dari Batu Kurau, Taiping sebagai 'pemegang amanah'.
Panglima Tok Rashid meninggalkan wasiat kepada Yahya Said yang ketika itu berumur 20 tahun:
"Jika ada anak cucuku di Kedah hendak belajar silat ini, hendaklah kau pulangkan kembali".
Silat ini telah terpendam selama 40 tahun sehinggalah Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad yang berasal dari Kedah, telah bertemu dengan Yahya Said.
Oleh kerana minatnya yang amat mendalam terhadap silat ini, Y.M. Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad telah dapat mewarisi kembali seni pusaka bangsa ini daripada Yahya Said. Pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965, bertempat di rumah Shafie Darus, Batu 4 3/4, Jalan Gunung Alor Setar, Kedah; Silat Cekak berjaya dilahirkan kembali menerusi Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah yang ditubuhkan pada Februari 1964.
Kemudian pada 19 Ogos 1971, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia didaftarkan dan diasaskan oleh YM Al-Marhum Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad Pada tahun 1975, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah menyaksikan logo baru baginya yang mana ianya juga telah diasaskan oleh Y.M. Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad, Guru Utama merangkap Presiden PSSCM.
Beliau telah meninggal dunia pada 13 Ogos, 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.
Tanggungjawab ini diteruskan pula oleh Y.M. Haji Ishak bin Itam selaku Guru Utama merangkap Presiden PSSCM pada 21 September, 1986. Majlis pengijazahan penuntut baru pertama kali dilakukan oleh beliau di Universiti Pertanian Malaysia pada 13 Oktober, 1986. Seterusnya hingga sekarang cawangan-cawangan PSSCM telah berkembang diseluruh Semenanjung Malaysia.
Dipetik dari: http://www.silatcekak.org/

6 Comments:

At 11:35 AM, Blogger Ummi Hanifah said...

tau tak tentang perpecahan?boleh citer sikit tak?jgn risau saya juga ahli psscm dari kelas politeknik shah alam.(tapi bkn student lagi)

 
At 1:09 PM, Blogger qistina said...

assalamualaikum,
saya tak berapa pasti tentang perpecahan aliran antara silat cekak hanafi dgn silat cekak malaysia. Tapi memang ada 2 aliran, itu yg pasti. Saya tak berani nak komen.

Bagi saya martial art, adalah utk kegunaan pengamalnya mempertahankan diri, semua pun baik. Asal saja tidak menyimpang dari aqidah dan syari'ah Islam.

Wallahua'lam

 
At 4:23 AM, Blogger acai said...

This comment has been removed by the author.

 
At 4:11 PM, Anonymous Anonymous said...

tertubuhnya cekak hanafi atas dasar khianat..derhaka kpd guru..md radzi tidak ada hak ..

 
At 4:18 PM, Anonymous Anonymous said...

ustaz hanafi meninggal dalam psscm..so mana datangnya psscuh??susah2 ustaz hanafi mempertahankan cekak malaysia,ada pulak yg tamakkan pangkat nk jadi guru..cekak hanafi tertubuh secara suka hati pada 1993.so cekak hanafi baru berusia 16 tahun..tapi yg hairannya sambutan ulagtahun cekak hanafi dh lebih dr 30 tahun..apa ni..?tak logik langsung.cekak hanafi derhaka pda guru..pasti akan dtg mudarat spt yg trjd hari ni..

 
At 12:22 AM, Anonymous Anonymous said...

bukan khianat,lebih kepada keluar persatuan and bina satu persatuan baru,sebab allahyarham ishak hitam telah mengaku bersalah sebab buat ajaran sesat bila bagi ucapan tahun 1994,allahyarham berdegil taknak mufarrakah,and then berlaku pergaduhan antara yg mahu allahyarham turun jawatan and mereka yg menyokong allahyarham

 

Post a Comment

<< Home